Fara Aqilah

Fara Aqilah

Wednesday, February 15, 2012

Hanya mampu tersenyum . .

Maaf!
Senangnya nak ungkap.
Maaf ada makna atau tiada makna.
Seikhlas mana ungkapan maaf??
Adakalanya lebih baik maafkan sahaja,
walaupun bukan salah kite..
Apa salahnya kite lapangkan dada..
api dengan api akan terbakar..
Mengungkapkan perkataan maaf mungkin mahal dihujung lidah kite,
tapi percayalah memaafkan akan melapangkan hati kite..
walaupun jauh disudut hati masih berbekas terasa hati..
Dalam kehidupan ini kite telah menemui pelbagai ragam manusia..
Adakalanya amat menyakitkan hati,
namun adakalanya amat menggembirakan hati..
itulah yang kite telah pelajari dalam kehidupan..
asam garam kehidupan..
Tiada manusia yang sempurna di dunia ini..
semua orang melakukan kesilapan samada secara disedari atau tidak..
Namun apabila disedari,
kite akan belajar dari kesilapan..
Sesekali kite akan terasa amat sakit hati dengan perbuatan orang itu,
namun tidak pula kite ketahui mungkin pada masa yang sama orang itu pun sakit hati dengan kite..
Mengapa kite menjadi terlalu keras hati untuk memaafkan..
mahalkah harga kemaafan??
Kite menjadi tegar,
tidak mahu bertanya,
tidak mahu mengakui,
tidak mahu mendekati..
apakah kesudahannya jika begitu??
Kite sebenarnya telah membayar harga yang terlalu mahal,
kerana hati menjadi batu,
sakit hati yang teramat hingga menimbulkan dendam.
Kenapa???
Marilah kite rungkaikan kemarahan ini dengan memaafkan,
kerana bayaran sebuah kemaafan itu
hanya dapat kite rasai setelah memaafkan..
hati akan menjadi tenang..
jangan diikutkan jalan syaitan..
Tetapi, janganlah melepaskan maaf dengan bersyarat atau memaafkan kesalahan sesorang ibarat menegakkan besi yang bengkok. Bukankah apabila menegakkan besi yang bengkok, kesan bengkokan pada besi tetap ada? Sebaliknya, berilah kemaafan ibarat menukar kain yang kotor kepada kain yang baru.


Can forgive, can’t forget - Istilah paling tepat untuk menghuraikan bidalan menegakkan besi yang bengkok.



Can forgive, let’s forget – Istilah yang paling sesuai untuk bidalan menggantikan kain yang kotor kepada kain yang baru.

‘MAAF’ BUKAN ALASAN BERLEPAS DIRI.

No comments:

Post a Comment